Monday, January 31, 2011

mereka terkenal tp mereka Disleksia...

Tidak semua manusia di dunia ini lahir dalam keadaan yang sempurna. Kalau seseorang bayi itu lahir dengan kecacatan anggota, kita semua boleh melihatnya tetapi bagaimana pula yang lahir dengan  fizikal luaran yang lengkap tetapi pada hakikatnya ia tidak sempurna. Tom Cruise dan Keanu Reeves-mungkin anda semua kenal aktor Hollywood yang gah ini tetapi adakah anda tahu bahawa mereka mempunyai satu persamaan. Ya, mereka berdua merupakan pengidap disleksia.



Disleksia? Ape tu? Adakah sejenis penyakit cacar air y melekit? Hei, apa aku merepek ni. Dah sah-sah lah bukan. Disleksia adalah sejenis gangguan pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak dalam menulis, membaca, mengeja dan mengira. Untuk korang y tdak ade sifar sabar n mpunyai amarah y agak menebal ibarat body malik noor..tlg..jauh kan diri anda dari mgajar mereka kerana berbuih mulut pun anda mgajar..mereka tetap begini...

Disleksia bukan sejenis penyakit atau kecacatan mental atau OKU ye, tetapi hanya gangguan pembelajaran semata-mata. Harap korang semua clear dengan statement ni. Jangan nanti, contohnya jiran sebelah umah korang anak dia ada disleksia, maka korang dengan ringan mulut dan tanpa segan-silu mengatakan anaknya itu cacat. Oh! salah sama sekali dan agak "sopan" bahasa korang itu ye. So, mind your words!..jgn nti mulut korang terpakse melekat dlm tong sampah yeee....



Benarkah disleksia dan orang-orang terkenal yang femes amos saling berkaitan? Mari kita lihat siapakah gerangannya mereka-mereka yang tergolong dalam kelompok pengidap disleksia ini selain dari dua aktor di atas.


Leonardo Da Vinci- Yang ni kalau korang tak kenal tak tau lah aku. Merupakan seorang inventor, saintis, jurutera, arkitek, pelukis, sculptor, ahli muzik, ahli matematik, anatomist, astronomer, ahli kaji bumi, biologist dan philosopher.


Pablo Picasso- Seorang pelukis sepanyol yang terkenal yang lahir pada 1881.


Albert Einstein- Terkenal sebagai ilmuan top dunia itu, ternyata memiliki gangguan dalam membaca dan menulis.

Richard Branson- Merupakan seorang founder dan chairman kepada London-based Virgin Group
Thomas Edison- Seorang saintis dan inventor. Berjaya merekacipta sebanyak 1093 ciptaan baru sepanjang hidupnya.
 
Jay Leno- Perasan mukanya di kaca tv? Merupakan seorang comedian yang terkenal di Amerika.


Whoopi Goldberg- Yang ini sah-sah korang kenalkan. Seorang wanita, ibu dan pelakon terkenal yang telah merangkul beberapa anugerah berprestij sepanjang kariernya.


Ain syarmilla!!!...wah...cm ne pict neh leh terupload d snie??ok...terselah kesengajaan d snie..
  
Ternyaya, disleksia bukan sejenis kecacatan, hanyalah gangguan pembelajaran semata-mata. Tidak boleh berjangkit tapi boleh diwarisi dari genetik nenek moyang korang. But the most important thing is disleksia boleh di kawal dan d atasi...emmm..x percaya?lihat saja tokoh2 terkenal d atas...mereka berjaya dalam bidang mereka...*insyallh..sy myusul...haha 




nota ain: Inilah salah satu bukti nyata bahwa orang-orang yang memiliki kekurangan tertentu, pasti memiliki sebuah kelebihan yang seringkali di atas rata-rata orang normal.

1 comment: